Sejarah Matematik


Sejarah perkembangan matematik dapat dibahagikan kepada 4 peringkat.
  • Peringkat pertama (sebelum 400 SM). Ia bermula dari masa manusia menggunakan tanda atau simbol untuk membilang sehinggalah tokoh-tokoh matematik Yunani menemui sistem teori matematik yang pertama. 
  • Peringkat kedua (400 SM hingga 1700 TM). Ia merupakan tahap perkembangan arithmetic, geometri, algebra dan trigonometri ke tahap yang mantap, menjadi suatu sistem yang sempurna.
  • Peringkat ketiga (1700 TM hingga 1900 TM). Di dalam tahap ini, banyak bidang, teori dan hukum baru ditemui dan didemonstrasikan oleh tokoh-tokoh matematik, khasnya dari negara-negara Barat. Di antara bidang-bidang matematik yang baru ditemui ialah analytic geometry (geometri kodinat), kalkulus, rumus-rumus kalkulus dan sebagainya. 
  • Peringkat keempat (bermula pada 1900 TM hinggalah sekarang). Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat moden iaitu peringkat perkembangan matematik daripada konkrit kepada abstrak. Sepanjang tempoh ini, pelbagai teori-teori baru ditemui oleh tokoh-tokoh matematik untuk digunakan dalam bidang sains, teknologi, ekonomi dan sosiologi. Di antaranya ialah kebarangkalian, teori set, teori nombor, penaakulan mantik dan logik.
TOKOH STATISTIK

No comments:

Post a Comment